Monday, February 28, 2011

berchinta....

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku    
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?


Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu


Sakitnya aku
Membenci kamu    
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu



faizal tahir -bencinta













Sunday, February 27, 2011

penghujung februari.. penghujung sebuah hubungan...

2011... dua bulan dalam tahun ni...permulaan yg penuh cabaran buat aku.. aku mungkin boleh bersabar dgn keadaan skrg ni.. tapi, aku sedih.. kenapa sejarah aku kembali berulang? kisah sedih yg bakal menambah parut dalam hati aku.. barah dlm minda aku...

bertahun lamanya aku kunci pintu hati aku.. tanpa aku sedar.. dia berjaya mengetuknya.. dan telah berjaya utk membukanya.. walau ianya mungkin tak seikhlas yg diharapkan...

tetapi, dia telah berlalu pergi.. hanya singgah sementara utk mengubat hatinya yg luka.. hatinya yg sunyi.. dan mungkin utk membalas dendam pada seseorg yg masih dia sayangi...

dan aku? seperti biasa.. mangsa di dalam sebuah kisah kehidupan......

I tear my heart open, I sew myself shut
My weakness is that I care too much
And our scars remind us that the past is real
I tear my heart open just to feel

I tried to help you once
Against my own advice
I saw you going down
But you never realized
That you're drowning in the water
So I offered you my hand
Compassions in my nature
Tonight is our last stand



scars-papa roach.

Saturday, February 26, 2011

bisikku pada angin....

26 Februari 2011.
Semalam… petang….aku rasa aku lah orang paling confuse kat bumi ni… malam.. akulah orang paling bahagia kat muka bumi ni sehingga  membawa ke pagi…! Siang keadaan seolah2  menjadi  terumbang ambing sehingga waktu petang muncul dan segalanya terjawab………… menjerit aku dlm kebisuan…….. meronta aku dlm kepasrahan… hati aku mula menangis…  sedangkan bibir aku terukir senyuman…
Ini adalah jalan yg aku pernah lalui… dan buat kesekian kalinya…. Ianya berulang … pahit utk ditelan.. pedih untuk di kenang… ada hikmah yg mungkin sedang terbentang…..sedangkan……
Aku rindu.. untuk rasa apa itu merindui…
Aku rindu…untuk merasai bila dirindui..
Andai ini peluang yg di beri olehNya..
Akan ku pungut…tidak bersisa.
Akan ku hargai setiap saat dan ruang..
Kerana mungkin ini yg terakhir buatku..
Utk merasa erti bahagia..
Terima kasih kepada si dia..
Memberi  secangkir kasih..
Bersama  secubit harapan..
Buat aku sang pengemis..
Utk menjamah akan rasa sayang..
Harap aku cekal menempuh segala..
Andai ini suratannya…
yg ditentukan oleh empunya sekelian alam…


Thursday, February 24, 2011

siapa sebenarnya aku padamu....


Faizal Tahir - Cuba


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu





Wednesday, February 16, 2011

mangsa

Mangsa….
Aku adalah mangsa dlm suatu arena pemilihan teman hidup…. Arena yg cukup tidak adil jika di hitung dari segi benak akal manusia biasa.. arena yg tiada pengadil.. hanya saksi  bisu yg mungkin hanya dapat bersimpati  akan satu perpisahan… dan tiada mahkamah yg dpt menjatuhkan hukum seadil-adilnya….

Tiada skema soalan dan tiada jawapan tepat serta alasan yg bernas untuk setiap segi dan sudut dlm permainan perasaan...

Hanya kenangan yg bakal menjadi sejarah sebuah kisah indah yg telah menemui  satu pengakhiran yg tidak akan menjadi  idaman buat sang pecinta..
Namun, teguh kaki berdiri.. jauh langkah dihanyun.. biar menjadi  pengalaman yg bakal mewarnai hari2 yg mendatang…

Bagi pemenang.. tahniah.. anda mungkin yg satu dlm sejuta… yg berjaya kecapi  indahnya akan sebuah erti hidup bersama..
Kerana Dia telah menentukan akan sesuatu itu.. dan kita hanya berdoa agar dpt yg terbaik dariNya.. utk dibawa bersama ke alam yg hakiki..

Saturday, February 12, 2011

dah 2011

12 januari 2011 ( 0510 HRS )

Alhamdulillah.. di atas segala2nya...yang tak tertulis dek tangan..tak terbilang dek jari... tak terhitung dek akal..

aku dah sampai tahun pertama dalam abad pertama dalam milennium ke -2, keadaan masih seperti biasa.. pergi kerja, balik kerja..makan gaji sampai tua..takde yg menarik selain dari gaji aku yg bakal dipotong LAGI angkara kawan2 yg tak berapa nak paham erti tanggungjawab..buat masa ni , itu je yg menarik perhatian aku ( tak menarik ke?)

Tahun ni aku kena buat satu perubahan yg drastik.. tak kira la dari segi pemikiran.. financial mahupun rupa bentuk! aku sekarang berada dalam golongan lelaki yg tak berteman, dan silap2 boleh terlajak dibuatnya! tapi apa2 pun .. ekonomi kena la stabil dulu..hutang kena la kurangkan..asset kena la kumpul.. harta segunung dua.. duit selaut dalam!

bila aku kenang2 balik.. adik aku yg bongsu dah abis skolah.. huh! rasa mcm semalam je aku nampak dia balik dari skolah tadika! cepat sungguh masa berlalu.. sedar tak sedar..dah dekat 11 tahun aku merantau.. mencari rezeki.. mencari erti.. mencari isteri?! hahahahahah....

Pejam celik.. pejam celik.. tarikh keramat akan kembali..hitungan akan bersambung.. maka cukuplah 29 tahun umur aku untuk tahun 2011 ni. dan bermulalah kehidupan lelaki yg berumur 29 tahun..

Sepanjang tahun lepas, bermacam2 dugaan aku lalui.. itulah kehidupan, pahit... manis.. kita kena la tabah laluinya.. agar kita tak terpesong dari jalanNya.. dan aku berdoa agar engkau tabahkan hati serta permudahkan 'perjalanan ' ini ya Allah..