Monday, May 14, 2012

Aku dan keadaan...




May 1,2012 1649 hrs

Perihal perempuan..manusia.

Sekeping hati, hmmmm….mcm mana nk mula..?
Bila aku hitung, bila aku kira.. ini bkn yg pertama..tapi yg ke XX.. aku muncul, di kala org tgh putus harap, putus cinta, hilang kepercayaan, hilang teman…
Dan, seperti biasa, aku tiba2 terpacul ( toink! ) utk betulkan keadaan.. ceriakan suasana mendung kelabu diorg.. ( walaupun kadang2 mcm tikus repair labu )

Dan bila tiba saat aku rasa mcm nk ke tahap yg seterusnya..yg dari mula memang tak sepatutnya aku berharap.. diorg pun akan tersedar dari kelalaian dan kesilapan semlm… dan jika bernasib baik, aku ditinggalkan.. kalau tak, aku pulak yg dipersalahkan.. atau lebih teruk, aku akan jadi punching bag perasaan diorg.. adoi..atau mungkin bahasa puitis dia, aku jadi tisu, dah dia lap air mata, konyok, buang.

Aku, mungkin hanya sekadar seorg teman yg ditugaskan olehNya utk muncul dlm hidup diorg utk menolong mungkin membimbing ke jalan yg sepatutnya…agar tak terus melayang2 di langit biru yg belum tentu cuaca sentiasa cerah dan bercahaya…

Yang pasti, aku tetap dgn pendirian aku..tak akan menangguk di air keroh- Melaka.. kerana keputusan yg diorg buat di kala hati yg sakit bknnya tepat… tak adil bagi aku, tak adil bagi diorg..aku takut diorg tersilap pilih, tersilap langkah… biarkan diorg dah kembali ke dunia reality seblum sebarang keputusan dibuat..yg selalunya tak berpihak kepada aku.

Yang penting.. buat insan2 yg pernah aku hadir dlm hidup diorg… aku doakan agar korang bahagia hingga ke ‘sana’..
Dan tak lupa, aku pohon maaf andai aku tersalah dan tersilap dlm baik menabur budi dan janji….

No comments:

Post a Comment