“ 13 Jul 2011 – Kita hidup tak perlu bagai kan dedalu….menumpang
teduh tapi menghisap apa yang ada pada tuan rumah. “
Aku google. Itu jawapan yg aku dapat..tepat
ke dahi aku! Headshot! (dari blog sape
ntah )
Kusut… memang kusut..lepas satu , satu….. serabut.. tension
aku, aku baru je selesai perihal rumah
sewa, dapat jugak rumah yg aku nk sewa tu walaupun lama jugak menunggu.. hampir 5 bulan.. deposit dah bayar, tinggal angkat
barang je… Alhamdulillah… tapi dalam tak sedar, patut la semlm Angah ada sebut
pasal wall kat FB.. aku tak amik kisah pun.. myb itu pasal tempat keje si
empunya FB kot… tapi aku jadi tak sedap hati, bila aku buka tadi… rupanya mmg
pasal aku.. walaupun si empunya berkias2, tapi anak empunya FB tembak tepat
kat dahi aku! Hmmm… aku tak nafikan, mmg salah aku, tapi aku ada rancangan
aku.. tapi perlukah aku heboh2? Cukup la sekadar org tertentu je yg tahu,
walaupun sebenarnya surprise aku tu yg akhirnya menjerat leher aku rupanya! Adoi…..
namun, yg penting....
Aku sedar, mmg aku byk susahkan mereka sekeluarga..dari
zaman sekolah, sampailah sekarang.. dan aku pun bkn buat kerana aku suka atau utk
mengharap simpati, mengambil kesempatan, jauh sekali… semuanya bersebab.. tapi,
setiap manusia, lain cara pemikiran, lain cara bertindak.. aku pohon maaf, dari
hujung rambut sampai ke hujung kaki, halalkan makan dan minum sepanjang 10
bulan aku tumpang berteduh dan menumpang kasih di Taman Gembira ini..
seperti dedalu api hinggap di
pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya
patah
Maksud: Jika orang jahat mencampuri
orang baik, rosaklah orang baik itu.
p\s: mcm lain je pulak maksudnya...
No comments:
Post a Comment